Social Icons

Pages

Tuesday, 15 May 2012

Kenapa kita Sedu?

Antara punca-punca yang dapat dikenalpasti berlakunya sedu ialah:
  • Menelan terlalu banyak udara
  • Ketawa yang melampau (selalu nye ni la yang menjadi punca utama sedu), kurangkan ‘haha’ maka kuranglah ketawa.
  • Makan secara lahap
  • Berasa bimbang
  • Rasa Teruja yang teramat
  • Merokok
  • Mengambil alkohol secara berlebihan

Punca-punca berlakunya aktiviti sedu sudah kita ketahui, maka tibalah masanya untuk admin bongkarkan tips rahsia yang tak rahsialagi tentang bagaimana untuk menghilangkan sedu, tips ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak mumayyiz saja, jangan cuba pada bayi anda pula. Tips menghilangkan sedu yang dimaksudkan adalah seperti di bawah:

1. Tahan Nafas selama 10 saat dalam keadaan anda bersandar atau baring
Ini adalah cara yang paling mujarab. Tujuannya adalah supaya kita berada dalam keadaan tenang dan mengawal pernafasan.

2. Urut bahagian atas atau belakang langit – langit mulut
Cara ini mungkin nampak agak pelik sikit tetapi ianya membantu juga. Hal ini kerana dengan mengurut di bahagian langit – langit, ia akan merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindak-balas pada diafram. Gunakan kapas cotton – tipped applicator.

3. Minum segelas air sejuk dengan segera
Cara ini antara cara yang paling popular untuk diamalkan. Sama sahaja dengan kaedah di atas, fungsi air akan merangsang saraf vagus sekaligus membuatkan kita melupakan sedu untuk seketika.

4. Bernafas di dalam beg plastik dalam tempoh 2 ke 3 minit
Kaedah ini bertujuan agar kita dapat bertenang serta mengawal pola pernafasan. Tapi anda tidak di galakkan dilakukan di tempat awam kerana dikhuatiri anda di anggap mengalami masalah mental pula.. (orang yang lelah secara tiba-tiba juga boleh guna teknik ini)

5. Bersendawa
Dengan bersendawa, ia akan menghalang udara yang masuk yang menjadi sebab sedu berlaku. Pengambilan air berkarbonat yang bergas seperti 100 plus, pepsi dan sebagainya mampu menyebabkan anda bersendawa seketika.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...